SELAMAT DATANG KE BLOG KESANS
KE ARAH MEMBUDAYAKAN KECEMERLANGAN MENTAL, ROHANI DAN JASMANI WARGA JABATAN

Saturday, 27 October 2012

Pas Kg Budaya Sarawak

KESANS telah memperbaharui empat (4) pas masuk Kg Budaya dalam tempoh setahun lagi sehingga Oktober 2013. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan Setiausaha Kelab untuk tempahan. Kadar tempahan sekali masuk adalah seperti berikut;

      Kadar ahli : RM10 @ satu pas
      Bukan ahli : RM 20 @ satu pas

Selamat berkunjung ke Sarawak Cultural Village.

Salam Aidil Adha

KESANS mengucapkan selamat meraikan Aidil Adha dengan penuh rasa syukur dan muhibbah buat seluruh warga jabatan. Semoga sirah pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S dapat dijadikan teladan berguna kepada kita dalam menghayati erti pengorbanan yang sebenar.

Allahuakbar Walillahilhamd'

Sunday, 21 October 2012

Lawatan KHACHIFA

Kelab telah mengatur sesi lawatan KhaChiFA School of Art dari Pontianak untuk ke Kg Budaya Sarawak pada 20 Oktober 2012.





Saturday, 13 October 2012

Salam Takziah

Salam takziah kepada keluarga Hamdan bin Long Hussin, pem. akauntan JANM Sarawak di atas kepulangan ayahandanya ke rahmatullah. Allahyarham telah selamat dikebumikan semalam pada tanggal 13 Oktober 2012. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin. ALFATIHAH

Damai Sentral

 Damai Central kini dibuka untuk aktiviti santai











Thursday, 11 October 2012

Jawatankuasa KESANS

Kelab Sukan dan Kebajikan JANM Negeri Sarawak telah mengadakan mesyuarat agong pada 14 September yang lalu dan telah melantik jawatankuasa baru. Berikut adalah jawatankuasa baru yang telah diberikan mandat untuk melaksanakan aktiviti kelab :-

YDP - Pengarah Negeri
Timbalan YDP - Timbalan Pengarah
Setiausaha - En. Mohamed Syamsuddi bin Mohamed Shamsudin
Naib Setiausaha - Pn. Normala bt Putit
Bendahari - Cik Zalina Zainal
Penolong Bendahari - En Thomas Wilson Kudang

dan 10 ahli jawatankuasa kerja.

Rujuk page Jawatankuasa untuk maklumat lanjut.